|
 | Category: | Books | | Genre: | Romance | | Author: | Iejay Zakaria |
"Sengketa itu terlalu manis untuk diungkapkan"
Setiap bab dialunkan dengan lagu-lagu yang bisa membuatkan jiwa beralun sama mengikut rentak jalan cerita. Satu penyampaian yang baik.
Aleya seorang gadis yang cukup teruji dengan kehidupan masa lampaunya. Ini membuatkan dia langsung dia tidak mengabil peduli tentang kehidupan orang lain.
Pertemuan diantara dia dan Idzham bagaikan satu rahmat pada diri masing-masing. Walaupun masing-masing menunjukkan keegoaan. Sampai bila la ego tu mampu bertahan ye!
Mereka sering bertengkar apabila bertemu. Tetapi bila tidak bertentang mata, mereka sering merasa rindu. eh...eh... cam gitu pulak ye. Bila bertemu asyik nak bergaduh bila tak bertemu saling rindu-rinduan.
Tapikan aku geram betul dengan Idzham ni. Asyik buat si Aleya marah je. Tapi bila pikir balik ok gak. Sebab boleh uji samada diri kita ni serius atau tidak dalam sesebuah perhubungan.
Hari berganti hari, waktu bertukar waktu. Lama kelamaan perhubungan Aleya dan Idzham bersatu. Idzham memberi harapan yang terlalu tinggi kepada Aleya, dengan berjanji untuk sehidup semati dengannya. Tetapi... tiba-tiba Idzham meninggalkan Aleya dengan tanpa perkhabaran. Betapa kecewanya Aleya. huhuhu...
Akhirnya Aleya menerima lamaran Syed. Sewaktu bertemu family Syed segala rahsia mengapa Idzham meninggalkannya tanpa pesanan telah terjawap. Walaupun jawapan telah dibongkarkan oleh adiknya Yaya. Tapi dia tetap meneruskan perkahwinan.
Rasa-rasakan Aleya kawin dengan Syed tak?
haaaaaaa... nak tahu lebih lanjut korang beli novel ni.
Memang berbaloilah.
Tapikan korang, disaat aku nak menghabiskan bacaan aku ni... air mata aku berjurai-jurai turun. Sedih sangat. Mujur ayang aku tak nampak aku nangis.
Kenapa aku menangis? aaa... aku nangis sebab aku tengok drama BUKIT KEPONG ngeeeee....
Lagu Cinta Penulis :- Iejay Zakaria Harga :- RM 21.00 Terbitan :- NB Kara
Sinop :-
Idzham dan Aleya tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bertemu, ada sahaja 'ayat-ayat manis' yang dihamburkan. Perseteruan mereka bagaikan tiada akan habisnya. Namun siapa menyangka 'musuh' tradisi itu akhirnya tewas oleh panahan arjuna. 'Sleeping Beauty' itu berjaya dijinakkan oleh 'Encik Perasan Bagus' dengan cara yang begitu mengujakan.
Tika bersama meniti dan membilang hari bahagia, ketika lagu-lagu cinta sentiasa memenuhi ruang hati, Idzham hilang menyepikan diri. Keindahan cinta yang membara bertukar malap dengan tiba-tiba. Aleya tertanya-tanya di mana silapnya? Akan musnahkah lagu-lagu cintanya?
  | thanks a lot ... cun utk review novel iejay ni... |
 | bc sambil tngk drama?.. :/ |
 | Taruk dlm list dulu kerana tak menarik sangat laa...!! |
 | norashburn wrote on Jun 15, '09, edited on Jun 15, '09 mmg kelakar kat situ. boleh lak dia buat idea giler pulang tayar cam gitu ye. tapikan yg cun xleh benti ketawa masa part yg si aleya buat nama singkatan pada nama2 tengku tu. cun ketawa sampai kuar air mata. hehehe  akak mmg suka jika penulis selitkan humour dlm karya mereka.. rasa seronok bc... :D
dn pasal tayar tu lagi.. klu akak jd aleya la.. akak pulangkan aje tayar tu bila bunga tayar tu dah botak... baru padan muka si idzham tuh! :))) |
|
|